Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong
ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk.
Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada
telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si
pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh
bertahan dengan berdiam diri.
Oleh itu, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah. Mari kita amalkannya jika rasa terkena penyakit seperti itu.
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan
memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun
merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda.
Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan
yang memerlukan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment