14.1.13

Ayat2 Ruqyah Mp3

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Oleh itu, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah. Mari kita amalkannya jika rasa terkena penyakit seperti itu.

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.


11.1.13

Hye OrangBaruNakKenal

Ku lihat kau berlegar-legar di kaki lima
Inginku tegurmu tapi terasa curiga
Mungkin ekspresimu nanti tak sepertiku harapkan
Tanpa aku sedari, mulanya perasaan

Mulanya dari teguran
"Boleh kita berkenalan?"
Tanya,
"Apa nama, buat apa, nak ke mana?"

Hati rasa berdebar
Nebes campur mencari kepastian
Namun segalanya mungkin tersedar
Andai kata mimpi di siang hari menjadi kenyataan..